SEGA telah mengumumkan yang SEGA Store Shanghai akan dibuka di pusat beli belah Bailian ZX bermula pada 1 Mei 2025. Menurut mereka, ia merupakan SEGA Store pertama di dunia.

Sebelum ini, kedai sementara dibuka di lokasi yang sama bermula pada 25 Januari sehingga 15 Mac sebelum diubah untuk menjadi satu kedai yang kekal. Kedai ini akan menawarkan pelbagai barangan berdasarkan IP SEGA dan juga ATLUS.
Mereka juga mengacahkan yang akan ada lebih banyak pengumuman untuk memudahkan lagi peminat seluruh dunia untuk mendapatkan barangan-barangan mereka di masa hadapan.