Skip to main content

Garena telah mengumumkan yang permainan terbaru mereka iaitu Garena Delta Force akan dilancarkan pada 22 April 2025 untuk iOS dan Android, menyertai versi PC yang sudah dilancarkan sebelum ini melalui PC Client Pack.

Permainan ini menyokong rentas kemajuan, oleh itu jika anda sudah bermula bermain di PC, anda boleh meneruskan sesi permainan menggunakan telefon pintar apabila ia dilancarkan kelak.

Delta Force merupakan permainan FPS yang meletakkan pemain sebagai Operator dan mempunyai kemahiran-kemahiran berbeza mengikut kelas – Assault, Engineer, Support dan Recon.

Ia diumumkan menyertakan 2 mod iaitu Warfare yang menyertakan sesi pertempuran 24 lwn 24 dan Operation yang meletakkan pemain di dalam kumpulan 3 pemain.

Anda sudah boleh lakukan pra-pendaftaran melalui laman mereka dan juga melalui App Store dan Play Store. Berdasarkan jumlah pra-pendaftaran, pemain akan mendapat pelbagai ganjaran di dalam permainan.

Leave a Reply