PUBG Mobile telah menerima versi terbaru bulan ini iaitu versi 3.7 yang bermula pada 6 Mac lepas dan berlanjutan sehingga 6 Mei 2025. Antara pembaharuan yang dibawa adalah peta Rondo, mod bertema Golden Dynasty dan senjata baharu.
Peta Rondo merupakan peta terbesar di dalam permainan ini, menawarkan peta 8×8 km. Ia menyertakan rekaan tradisi dan juga moden. Antara kawasan yang ada adalah Jadena City yang dipenuhi dengan lampu neon, eskalator untuk menawarkan sesi permainan yang pantas. Manakala lokasi seperti Tin Long Garden menawarkan sesi permainan yang lebih tenang.

Selain itu, Rondo juga memperkenalkan fungsi baharu yang memberikan strategi dan tatamain berlainan, antaranya adalah EMP Zone yang membuatkan barangan scope, sight, barangan elektrikal dan juga kenderaan tidak boleh digunakan. Pemain juga boleh berinteraksi dengan persekitaran untuk digunakan sebagai kelebihan semasa bertempur.
Manakala mod permainan bertema Golden Dynasty pula berlaku di Istana yang terapung, istana ini mempunyai kawasan pertempuran yang unik dengan pelbagai ruangan yang berbeza.Selain itu, kawasan bertema yang lebih kecil iaitu Eminence Courtyards juga menawarkan tekaria dan ganjaran tersendiri.
Versi 3.7 juga menyertakan senjata baharu iaitu Reversal Blade, yang memberikan kuasa untuk putar balik masa. Pemain boleh tanda satu tempat dan boleh kembali ke tempat tersebut untuk memulihkan nyawa dan juga tenaga, membuka semula crates, dan juga mengelak daripada tersingkir.
Selain mod battle royale, kemaskini ini juga membawa penambahan kandungan untuk mod Metro Royale, Home Mode, World of Wonder dan juga barangan baharu yang boleh didapatkan melalui Shop.
PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.