HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini terbaru untuk Genshin Impact iaitu versi 5.5 dengan judul “Day of the Flame’s Return” akan dilancarkan pada 26 Mac 2025 yang antaranya membawa pemain ke kawasan baharu di Natlan, berjumpa dengan watak dan puak baharu, Collective of Plenty, dan juga mengembara di Great Volcano of Tollan.
Great Volcano of Tollan menyertakan pelbagai sejarah di dalamnya di mana ia merupakan tempat bandar yang dibina oleh Dragonborn. Pemain boleh memasuki Sacred City of Tollan melalui kaedah istimewa untuk merungkaikan misteri disebalik “Flamelord’s Blessing”.

Di dalam perjalanan ke gunung berapi tersebut, pemain akan berjumpa dengan puak baharu iaitu Collective of Plenty iaitu satu puak yang mementingkan kesihatan badan dan juga pekebun buah kerana tanah yang subur kesan daripada gunung berapi.
Kemaskini ini juga menyertakan dua watak baharu yang berasal daripada puak Collective of Plenty iaitu Varesa yang merupakan watak 5-bintang dengan elemen Electro dan menggunakan Catalyst. Selain itu, satu lagi watak yang juga jurulatih kepada Varesa ialah Iansan yang merupakan watak 4-bintang dengan elemen Electro dan menggunakan Polearm.


Pemain juga boleh terlibat dengan acara Bloomflower Trials, permainan mini “Saurian Treasure Seeker” dan bertempur dengan boss baharu iaitu Lava Dragon Statue. Pemain yang terlibat dengan acara masa terhad boleh mendapatkan Ororon secara percuma.
Genshin Impact sudah dilancarkan PlayStation, Xbox Series, PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.