Skip to main content

Ne Zha 2 baru sahaja ditayangkan secara rasmi di Malaysia pada 13 Mac lepas, dan beberapa hari kemudian GSC dan juga TGV telah mengumumkan yang filem tersebut telah mengutip RM16 juta di Malaysia sahaja, menjadikannya antara filem kutipan tertinggi di Malaysia tahun ini.

Kejayaan ini meneruskan lagi kejayaannya menjadi filem animasi dengan kutipan tertinggi dan juga filem animasi pertama yang mencatat $2 bilion dengan majoriti besar merupakan kutipan dari pasaran China.

Ne zha merupakan filem mengenai seorang kanak-kanak iaitu Nezha yang dilahirkan dengan dimasuki oleh Bebola Iblis yang membuatkan dia bersikap jahat dan perlu di kawal. Berbanding dibunuh, ibu bapanya memilih untuk membesarkannya dengan harapan dia boleh berubah menjadi orang yang baik. Ia merupakan adaptasi kepada buku Fengshen Yanyi oleh Xu Zhonglin.

Leave a Reply