Skip to main content

Ubisoft telah mengumumkan yang Tom Clancy’s Rainbow Six Siege X akan dilancarkan pada 10 Jun 2025 yang boleh dikatakan sebagai era baharu untuk permainan kompetitif menembak tersebut.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege X ini bukanlah permainan baharu ataupun permainan susulan, sebaliknya kemaskini percuma terbesar untuk permainan ini. Antara yang disertakan:

  • Dual Front – mod baharu untuk perlawanan 6 lwn 6 yang memerlukan pemain untuk mendapatkan 3 sektor daripada pihak lawan dan pada masa yang sama mempertahankan sektor mereka.
  • Peta – Siege X juga akan mengemaskini setiap peta dengan pencahayaan, bayang dan tekstur 4K. Peta seperti Clubhouse, Chalet, Border, Bank dan Kafe juga akan ditambah-baik.
  • Tatamain – Pemain juga kini boleh menggunakan pelbagai barangan di persekitaran untuk mencari kelebihan seperti menggunakan alat pemadam api, paip gas, dan pengesan metal. Penggunaan Rappel juga dipertingkatkan untuk memberi pergerakan yang lebih baik.

Bermula 10 Jun ini, Rainbow Six Siege juga akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan dengan pemain baharu boleh mendapat akses penuh untuk mod Dual Front, Unranked, dan Quick Play dan boleh dapatkan 26 Operator dengan bermain.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dilancarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC. Mod Dual Front hanya disokong oleh PlayStation 5, Xbox Series, dan PC.

Leave a Reply