Walt Disney Pictures telah berkongsi treler pertama untuk filem aksi nyata Lilo & Stich yang akan menemui penonton di pawagam pada 23 Mei 2025.
Ia merupkan filem berdasarkan filem animasi berjudul sama yang diterbitkan pada tahun 2002.
Chris Sanders iaitu pencipta bersama untuk Lilo & Stich akan kembali untuk menyuarakan Stitch, manakala watak Lilo dibawa oleh Maie Kealoha, bersama dengan senarai pelakon lain seperti Sydney Agudong, Zach Galifianakis, Billy Magnussen dan David Kawena.
Filem ini diarahkan oleh Dean Fleischer Camp yang sebelum ini mengarah filem Marcel the Shell with Shoes On dan dokumentari Fraud.