Skip to main content

Konami telah berkongsi treler baharu untuk Silent Hill f iaitu permainan baharu di dalam siri ini dan akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam, Epic Games Store dan Windows Store tetapi masih tiada sebarang tarikh pelancaran.

Permainan ini ditulis oleh Ryukishi07 iaitu penulis terkenal Jepun yang mempunyai pelbagai karya berkait dengan misteri, psikologi dan juga elemen seram. Buat pertama kali, permainan ini akan berlaku di Jepun, sebelum ini ia bertempat di bandar fiksyen di Maine.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Hinako Shimizu seorang pelajar sekolah yang perlu melalui pelbagai misteri, tekaria dan juga makhluk yang keji selepas tempat tinggalnya Ebisugaoka dipenuhi dengan kabus.

Silent Hill f dibangunkan oleh Neoboards Entertainment iaitu pembangun untuk Resident Evil Resistance dan juga Resident Evil: Re:Verse.

Leave a Reply