Samsung hari ini telah mengumumkan yang Samsung Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G, dan Galaxy A26 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 18 Mac 2025 dengan sesi pra tempahan sudah dibuka bermula hari ini.
Samsung Galaxy A56 5G

Samsung Galaxy A56 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+, menggunakan panel Super AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynos 1580 dan kapasiti bateri 5,000 bersama dengan sokongan pengecasan pantas 45W.
Galaxy A56 hadir dengan empat pilihan warna iaitu Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, dan Awesome Pink. Ia juga hadir dengan dua pilihan RAM dan storan seperti berikut:
- 8 + 128GB – RM1,999 (RM1,799 harga promosi)
- 12 + 256GB – RM2,199 (RM1,999 harga promosi)
Samsung Galaxy A36 5G

Samsung Galaxy A36 5G mempunyai spesifikasi yang sama dengan Galaxy A56 iaitu skrin bersaiz 6.7-inci FHD+, menggunakan panel Super AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynos 1580 dan kapasiti bateri 5,000 bersama dengan sokongan pengecasan pantas 45W.
Galaxy A36 hadir dengan empat pilihan warna iaitu Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White, dan Awesome Lime dengan dua pilihan storan dan RAM:
- 6 + 128GB – RM1,499 (RM1,299 harga promosi)
- 12 + 256GB – RM1,699 (RM1,499 harga promosi)
Samsung Galaxy A26 5G

Samsung Galaxy A26 5G juga mempunyai spesifikasi yang sama iaitu skrin bersaiz 6.7-inci FHD+, menggunakan panel Super AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, dan kapasiti bateri 5,000 bersama dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Manakala cip pemprosesan menggunakan Exynos 1380.
Galaxy A26 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Mint, dan Peach Pink dengan dua pilihan RAM dan storan:
- 6 + 128GB – RM1,199 (RM999)
- 8 + 256GB – RM1,399 (RM1,199)
Sesi pra-tempahan sudah dibuka dan setiap pembelian boleh dapatkan baucar RM100, naik taraf storan bernilai RM200, tambahan jaminan selama 1 tahun dan 30% potongan untuk pembelian Galaxy Watch, Buds, Tablet atau aksesori.
- Galaxy A56 5G – https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a56-5g-awesome-lightgray-256gb-sm-a566bzauxme
- Galaxy A36 5G – https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a36-5g-awesome-lavender-256gb-sm-a366blvuxme/
- Galaxy A26 5G – https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a26-5g-peach-pink-256gb-sm-a266bzihxme