Skip to main content

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), OPPO Smooth Legend Cup sedang berlangsung dengan acara kemuncak adalah Peringkat Akhir pada 27 sehingga 30 Mac yang akan berlangsung di Indonesia. Bersempena dengan kejohanan ini, OPPO juga menganjurkan jerayawara di Sunway Pyramid Blue Atrium bermula pada 11 sehingga 16 Mac.

Di jerayawara ini, berikut antara perkara menarik yang disediakan:

  • Hadiah percuma & Barangan MLBB
  • Zon Pengalaman Reno13
  • Cosplayer dengan watak-watak MLBB
  • Promosi pembelian peranti
  • Peringkat Akhir (Malaysia) Pada 13 hingga 16 Mac

Jangan lepaskan peluang untuk menonton kejohanan MLBB secara langsung dan peluang untuk mencuba peranti terbaru OPPO dan mendapatkan pelbagai hadiah-hadiah menarik.

OPPO Smooth Legend Cup menawarkan hadiah terkumpul RM24 ribu, wakil Malaysia ke Peringkat Akhir di Indonesia akan ditentukan melalui Peringkat Akhir (Malaysia) yang akan berlangsung di jerayawara ini.

Leave a Reply