Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.
Rise of the Ronin
Tarikh Pelancaran: 11 Mac 2025
Platform: PC
Sedang mencari permainan dunia terbuka? Rise of the Ronin merupakan satu permainan yang baik tambahan lagi jika anda menyukai mengenai sejarah negara Jepun. Ia juga mempunyai sistem pertempuran yang mencabar. Sebelum ini dilancarkan untuk PlayStation 5, ia kini boleh dimainkan juga untuk PC.
Baca: Ulasan Rise of the Ronin
Wanderstop
Tarikh Pelancaran: 12 Mac 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC
Wanderstop merupakan permainan yang melibatkan berkebun tetapi dengan keunikan kerana pemain menjadi seorang pahlawan yang bekerja di kedai kopi iaitu Alta. Selepas kekalahan di dalam pertempuran, Alta bekerja di kedai kopi sebagai perhentian untuk menyembuhkan dirinya. Selain menjaga kedai kopi dia juga perlu menanam pokok untuk digunakan sebagai perasa kopi.
Midnight Murder Club
Tarikh Pelancaran: 14 Mac 2025
Platform: PlayStation 5, PC (Akses Awal)
Midnight Murder Club adalah untuk anda yang suka bermain permainan first person shooter tetapi permainan ini membawa satu kelainan berbanding permainan-permainan lain iaitu ia dimainkan di dalam gelap. Pemain akan melawan dengan 4 lagi pemain dengan senjata dan lampu suluh sahaja, ia juga menyokong proximity chat untuk menjadikan sesi permainan lebih menyeronokkan dan cemas.
WWE 2K25
Tarikh Pelancaran: 14 Mac 2025
Platform: PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC
WWE dan 2K Games kembali lagi dengan iterasi terbaru untuk permainan simulasi gusti mereka bagi tahun ini. Bagi tahun ini, selain menyertakan tatamain yag ditambah baik, mereka juga menyertakan The Island yang akan menjadi hab untuk pemain berada semasa tidak bermain mana-mana mod permainan. Pemain boleh berjalan-jalan di atas pulau ini dan melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Centum
Tarikh Pelancaran: 12 Mac 2025
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC
Permainan seram point-&-click bukan sahaja menyertakan adegan-adegan yang menyeramkan akan tetapi juga terdapat narrator yang akan menemani pemain semasa bermain permainan ini. Namun, pemain kemudian akan menyedari yang narrator mungkin bukan sesuatu yang boleh diharapkan untuk menyampai penceritaan untuknya.