Peringkat Liga untuk PUBG Mobile Super League (PMSL) SEA Spring 2025 berlangsung sejak 26 Februari sehingga 9 Mac yang memperlihatkan 16 pasukan dari 24 pasukan telah melayakkan diri ke Peringkat Akhir dan peringkat ini akan berlangsung bermula pada 14 Mac ini sehingga 16 Mac di IOI Grand Exhbition & Convention Center, Putrajaya.
Daripada 16 pasukan yang layak, terdapat 2 pasukan dari Malaysia iaitu CelcomDigi Alliance dan SEM9 yang berada di kedudukan kedua dan juga kesebelas semasa Peringkat Liga. Berikut merupakan senarai penuh pasukan yang layak mengikut kedudukan mereka di Peringkat Liga:
- D’Xavier
- CelcomDigi Alliance
- RRQ RYU
- Bigetron Esports
- OsjaTH
- Vampire
- eArena
- VOIN DONKEY ID
- BOOM Esports
- Team Flash
- SEM9
- Alter Ego Ares
- Kagendra
- TEM Entertainment
- Team Secret
- Strangers Esports
Di Peringkat Akhir, mereka akan bertanding sebanyak 18 pusingan untuk mencari juara keseluruhan yang akan merebut hadiah terkumpul $200 ribu dan juga satu slot ke PUBG Mobile Global Open 2025, selain itu pemenang juga akan memberikan satu slot tambahan untuk negaranya bagi PMSL SEA Summer.
PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.