Selepas mengumumkan penawaran iPad baharu sebelum ini, Apple telah mengumumkan kemaskini untuk MacBook paling popular mereka iaitu MacBook Air yang kini dikuasakan dengan cip terbaru M4 dan juga penawaran warna baharu, Sky Blue.
MacBook Air baharu ini hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 13-inci dan 15-inci yang menggunakan paparan Liquid Retina dengan teknologi IPS dan menggunakan resolusi 2560 x 1664. Ia hadir dengan RAM bermula dengan 16GB dan boleh dipertingkatkan sehingga 32GB.

Manakala storan bermula dengan 256GB dan boleh dipertingkatkan sehingga 2TB. Apple juga mengatakan yang ia mempunyai ketahanan bateri sehingga 18 Jam.
Kesemua MacBook Air ini menggunakan cip M4 yang sama iaitu 10 teras CPU dan 10 teras GPU kecuali pilihan paling murah yang menggunakan 10-teras CPU dan 8-Teras GPU. Macbook Air 13-inci ditawarkan dengan harga bermula RM4,499 dan 15-inci dengan harga bermula RM5,499.
MacBook Air baharu ini ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Silver, Starlight, Midnight dan Sky Blue yang menggantikan Space Grey.