Skip to main content

Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Two Point Museum

Tarikh Pelancaran: 4 Mac 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC, Mac

Masih ingat permainan Theme Hospital? Pembangun yang sama telah hadir dengan beberapa permainan simulasi pengurusan seperti Two Point Hospital dan Two Point College, terbaru Two Point Musem dan meletakkan pemain untuk menguruskan muzium bagi memastikan ia menarik dengan pelbagai artifak dan juga menguntungkan.

Baca: Ulasan Two Point Museum

Split Fiction

Tarikh Pelancaran: 6 Mac 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Josef Fares dan Hazelight Studios kembali dengan permainan koperasi terbaru mereka, dan kali ini ia melangkaui beberapa genre berbeza. Anda bersama dengan rakan boleh mengawal Zoe atau Mio untuk melalui pelbagai dunia berbeza yang setiapnya menyertakan mekanik unik dan bersama melawan cabaran-cabaran yang hadir.

Suikoden I & II HD Remaster

Tarikh Pelancaran: 6 Mac 2025
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Permainan klasik JRGP Suikoden kini boleh dimainkan di platform terkini. Di dalam permainan ini, pemain boleh rekrut lebih 100 rakan untuk bersama di dalam perjuangan tersendiri. Dengan ia sebelum ini hanya dilancarkan untuk PSP, penambahan platform sudah semestinya berita yang baik.

Sugardew Island

Tarikh Pelancaran: 7 Mac 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch, PC

Setiap tahun ada sahaja permainan baharu simulasi berkebun, dan Sugardew Island merupakan permainan seterusnya yang membawa genre ini. Namun, seperti permainan-permainan lain, permainan ini juga membawa kelainan yang tersendiri dan pada masa sama mengekalkan tatamain utama seperti berkebun, menjaga haiwan dan berhubung dengan jiran setempat.

FragPunk

Tarikh Pelancaran: 6 Mac 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Jika anda tercari-cari permainan menembak berkumpulan baharu, FragPunk merupakan permainan 5 lawan 5 first person shooter yang setiap pusingan akan menjadi berbeza. Ia adalah kerana, pada permulaan pusingan, pemain akan mendapat kad yang akan mengubah keadaan pertempuran, terdapat 100 kad berbeza untuk digunakan.

Leave a Reply