Skip to main content

Kejohanan Honor of Kings Invitational 2025 (Musim Tiga) yang berlangsung sejak 21 Februari di Filipina berakhir akhir ini dan telah memperlihatkan pasukan dari Malaysia iaitu Nova Esports menjuarai kejohanan ini selepas mengalahkan pasukan dari Korea Selatan iaitu Nongshim Redforce.

Nova Esports bermain dengan sangat cemerlang di kejuaraan ini selepas berada di tempat pertama ketika peringkat kumpulan dengan rekod tanpa kalah, mereka juga meneruskan rekod tanpa kalah tersebut di peringkat kalah mati dengan mengalahkan AG Global iaitu satu lagi pasukan dari Malaysia dan Team Vitality sebelum bertemu dengan Redforce.

Di peringkat akhir, ia memerlukan kesemua 7 pusingan, dengan Redforce terlebih dahulu mendapat pusingan pertama, tetapi Nova bermain dengan baik untuk mendapat dua pusingan seterusnya. Sekadar memerlukan satu lagi pusingan, Redforce mungkin hilang fokus apabila berjaya untuk menyamakan kedudukan sebelum memenangi pusingan penting.

Selaku juara, Nova Esports membawa pulang hadiah tunai $100 ribu manakala Redforce sebagai naib juara memenangi $50 ribu. Manakala Blacklist International dan Team Vitality masing-masing membawa pulang $25 ribu sebagai pasukan di tempat ketiga dan keempat.

Nova Esports terdiri daripada pemain dari Malaysia iaitu Xuan, Cy, Muci, Weipit dan Wendy dari China. Tahniah kami ucapkan kepada mereka.

Gambar: Honor of Kings

Leave a Reply