Fakulti Psikologi dari Universi of Sheffield telah membuat kajian untuk melihat perhubungan di antara bermain permainan FPS seperti Counter Strike dengan keupayaan kognitif mereka. Daripada kajian tersebut mereka merumuskan yang pemain yang berkemahiran tinggi mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan dengan tepat dan cepat.
Mereka membuat kajian ini dengan kerjasama bersama dengan organisasi esukan Endpoint dan melibatkan pemain amatur dan juga pemain profesional esukan.
Kajian ini mendapati yang pemain semi-profesional dan profesional membuat keputusan berbanding pemain amatur dengan secara purata 88.94 milisaat lebih pantas di dalam tugasan memilih dua pilihan ringkas. Bagi tugasan yang lebih rumit, mereka juga memperlihatkan kebolehan untuk membuat keputusan dengan lebih cepat.
Mereka percaya yang kajian ini dapat membantu bukan sahaja di dalam arena permainan video – contohnya, mereka dapat mereka jenis latihan yang dapat membantu pekerja-pekerja persekitaran stress tinggi yang memerlukan kebolehan untuk membuat keputusan yang pantas.
Anda boleh baca lanjut mengenai kajian ini di pautan berikut.