Skip to main content

Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Ninja Five-O

Tarikh Pelancaran: 25 Februari 2025
Platform: PlayStation, Nintendi Switch, PC

Pertama kali dilancarkan pada tahun 2003 untuk Game Boy Advanced, Ninja Five-O kini dilancarkan untuk platform terkini. Sebagai Joe Osugi yang merupakan seorang Ninja, pemain perlu melawan pengganas dan menyelamatkan tebusan di dalam permainan aksi pengembaraan ini.

Yu-Gi-Oh! Early Days Collection

Tarikh Pelancaran: 27 Februari 2025
Platform: PC, Nintendo Switch

Khusus untuk peminat Yu-Gi-Oh!, koleksi ini menyertakan 14 permainan klasik yang pertama kali dilancarkan pada tahun 1998 hingga 2004, antara permainan yang disertakan ialah Duel Monsters, Monster Capsule, Dark Duel Stories, the Sacred Cards, dan lain-lain.

Glover

Tarikh Pelancaran: 27 Februari 2025
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch

Satu lagi permainan klasik, permainan tekaria dan pengembaraan ini menyertakan enam dunia dan 30 peringkat berbeza untuk diselesaikan. Pemain akan mengawal sarung tangan bernama Glover dan perlu menolak bola untuk mencapai sasaran. Pertama kali dilancarkan untuk Nintendo 64 dan PC pada tahun 1998, ia kini tiba untuk platform lebih baharu.

PGA TOUR 2K25

Tarikh Pelancaran: 28 Februari 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Permainan simulasi sukan golf kembali lagi untuk permainan terbaru bagi tahun ini. Tahun ini, ia buat pertama kali menyertakan kejohanan PGA Championship, U.S. Open dan juga The Open. Antara atlit yang disertakan Max Homa buat pertama kali menyertai atlit lain seperti Matt Fitzpatrick dan Tiger Woods.

Monster Hunter Wilds

Tarikh Pelancaran: 28 Februari 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Permainan utama minggu ini sudah semestinya Monster Hunter Wilds yang akan mengajak pemain untuk memburu pelbagai jenis raksasa. Kali ini, ia menyertakan pelbagai penambah-baikkan seperti peta 3D, boleh memanggil NPC untuk membantu, bersama dengan kawasan dan cabaran baharu yang perlu dihadapi oleh pemburu.

Leave a Reply