Skip to main content

Majlis Olimpik Asia telah mengumumkan 11 judul permainan video yang akan dijadikan sebagai acara berpingat untuk kategori esukan bagi Sukan Asia 2026 yang akan berlangsung 19 September sehingga 4 Oktober di Nachi-Nagoya, Jepun.

11 judul yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Acara berkumpulan (1 pingat sahaja)
    • Street Fighter
    • Tekken
    • King of Fighter
  • Pokemon Unite
  • Honor of Kings
  • League of Legends
  • PUBG Mobile
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Identity V
  • Naraka: Bladepoint
  • Gran Turismo 7
  • eFootball
  • Puyo Puyo Champions

Sukan Asia mula menyertakan esukan pada tahun 2018 semasa penganjuran di Jakarta sebagai acara persembahan sebelum menjadi acara berpingat bagi pengajuran di China dan kembali lagi untuk temasya di Jepun kali ini.

Seperti biasa, pemilihan untuk wakil Malaysia akan dikendalikan oleh Majlis Olimpik Malaysia dan buat masa ini tidak disahkan lagi permainan-permainan yang akan dihantar sebagai sebahagian kontinjen Malaysia.

Leave a Reply