Skip to main content

Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Avowed

Tarikh Pelancaran: 18 Februari 2025
Platform: Xbox Series, PC

Permainan RPG terbaru oleh Obsidian Entertainment ini berlaku di dalam dunia yang sama dengan Pillars of Eternity tetapi menyertakan tatamain yang lebih berbeza. Avowed boleh dikatakan permainan The Elder Scrolls dengan sentuhan Obsidian sepertimana The Outer Worlds permainan Fallout dengan sentuhan oleh mereka.

Lost Records: Bloom & Rage Tape 1

Tarikh Pelancaran: 18 Februari 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, P
C

Dontnod merupakan pembangun yang membawa kita Life is Strange, akan tetapi dengan IP tersebut dimiliki oleh Square Enix, mereka telah hadir dengan IP baharu dengan tatamain yang sama dan permainan itu ialah Lost Records: Bloom & Rage. Ia memfokuskan kepada 4 sahabat yang kembali berjumpa selepas 27 tahun dan pilihan pemain masih memainkan peranan penting di dalam penceritaan. Bahagian pertama dilancarkan pada 18 Februari dan bahagian kedua akan tiba pada 15 April.

Stories from Sol: The Gun-Dog

Tarikh Pelancaran: 20 Februari 2025
Platform: PlayStation, Nintendo Switch dan PC

Permainan novel visual ini banyak mengambil inspirasi daripada siri anime dan juga cereka sains dari 80-an. Ia memfokuskan kepada protagonis yang baru sahaja kehilangan krewnya kerana peperangan telah ditugaskan ke kumpulan dengan mecha The Gun-Dog dan berhadapan dengan sesuatu yang bukan sahaja mengacan The Gun-Dog dan juga krewnya.

Cabernet

Tarikh Pelancaran: 20 Februari 2025
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC

Permainan RPG 2D ini meletakkan pemain sebagai Guide Liza iaitu seorang vampire muda yang masih tidak pasti dengan moralnya yang tertarik dengan dunia gelap ataupun terus hidup seperti manusia. Pemain akan melalui pelbagai politik di dalam dunia ini, konflik kelas dan juga korupsi yang berlaku.

Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii

Tarikh Pelancaran: 21 Februari 2025
Platform: PlayStation, Xbox, PC

Selepas melalui penceritaan dan pengembaraan Ichiban Kasuga dan Kazuma Kiryu di Hawaii di dalam Infinite Wealth, kini giliran pengembaraan Goro Majima. Selain menyertakan sesuatu yang kita sudah jangkakan daripada permainan Like a Dragon tetapi kali ini menyertakan satu lagi perkara unik, iaitu pemain akan menjadi lanun dan mempunyai kapal serta krew tersendiri.

Leave a Reply