Skip to main content

EA dan Maxis telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk The Sims 4 iaitu Business & Hobbies Expansion Pack akan dilancarkan pada 7 Mac untuk setiap platform permainan ini dilancarkan. Ia akan menyertakan hobi dan juga peluang untuk pemain membuka perniagaan kecil

Melalui penambahan ini, pemain boleh menjadikan hobi sebagai satu perniagaan, antara dua pekerjaan baharu iaitu artis tatu dengan pemain boleh menghasilkan tatu sendiri ataupun menggunakan yang sedia ada, pemain juga boleh menjadi pembuat tembikar dan boleh menghiasnya.

Penambahan ini juga akan menyertakan lokasi baharu iaitu Nordhaven, iaitu satu bandar yang dipenuhi dengan penduduk yang mempunyai hobi-hobi yang berlainan. Pemain yang sudah menjadi master di dalam kemahiran ataupun hobi mereka juga boleh menjadi pengajar.

Melalui Small Business Venue Lot, pemain boleh menjadikan sebahagian daripada rumah untuk dijadikan sebagai tempat perniagaan. Pemain juga boleh mendapatkan pelbagai Perks untuk perniagaan dan juga boleh mengikut jalan perniagaan yang baik ataupun tidak melalui pilihan laluan Dreamer, Schemer atau Neutral.

The Sims 4 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One dan PC sebagai permainan percuma. Penambahan perlu dibeli secara berasingan.

Leave a Reply