Skip to main content

Universal Pictures hari ini telah mengumumkan pelakon dan watak pertama secara rasmi untuk filem seterusnya oleh Christopher Nolan iaitu The Odyssey. Mereka mengumumkan yang Matt Damon akan membawa watak Odysseus.

Odysseus merupakan watak utama ataupun Hero di dalam kisah epik Homer iaitu Odyssey, dia merupakan raja Ithaca dalam perjalanannya untuk pulang ke rumah selepas peperangan Trojan. Perjalanan tersebut mengambil masa 10 tahun dan filem ini berkemungkinan besar mengenai cabaran yang dihadapinya di dalam perjalanan tersebut.

Selain Matt Damon, sebelum ini telah dilaporkan yang Tom Holland, Zendaya, Robert Pattinson, dan Charlize Theron turut terlibat di dalam filem ini tetapi watak mereka masih tidak disahkan atau diumumkan secara rasmi lagi.

Christopher Nolan sebelum ini juga dikatakan akan menggunakan teknologi IMAX yang baharu bagi melakukan rakaman untuk filem ini.

Filem ini akan ditayangkan pada 17 Julai 2026.

Leave a Reply