Supermasive Games ketika acara State of Play telah mengumumkan yang permainan seterusnya oleh mereka Directive 8020 akan dilancarkan pada 2 Oktober 2025 dengan sesi pra-tempahan akan bermula pada bulan Jun kelak.
Directive 8020 merupakan sebahagian daripada siri antalogi The Dark Pictures dan kali ini ia memfokuskan kepada kejadian di angkasa lepas. Lashana Lynch akan membawa watak utama di dalam permainan ini iaitu seorang watak angkasawan yang berada di dalam kapal Cassiopeia dan dikejar oleh satu makhluk asing yang kelihatan boleh menukar rupa.
Permainan ini akan menyertai lima permainan di dalam antalogi ini iaitu Man of Medan, Little Hope, House of Ashes, The Devil in Me, dan Switchback VR.