2K dan Gearbox Software hari ini ketika acara State of Play telah mengumumkan yang Borderlands 4 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 September 2025. Mereka juga mengatakan yang perkongsian lanjut mengenai tatamain akan tiba suku kedua tahun ini.
Sementara itu anda boleh tonton treler pengumuman tarikh pelancaran ini.
Permainan ini akan memfokuskan kawasan baharu iaitu Kairos yang merupakan planet yang diketuai oleh The Timekeeper yang juga antagonis utama di dalam permainan ini. Selepas kejadian pelanggaran dengan bulan Pandora iaitu Elpis (diperlihatkan di dalam treler acah sebelum ini) ia telah membentuk kumpulan baharu iaitu Rippers yang diketuai oleh Callis.
Borderlands 4 akan dilancarkan pada 23 September 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.