2K melalui Paul Heyman ketika acara State of Play telah mengumumkan fungsi baharu yang akan disertakan di dalam WWE 2K25 iaitu The Island. The Island berfungsi seakan The City bagi satu lagi permainan berdasarkan sukan oleh 2K iaitu NBA 2K25.
Pemain akan menghasilkan watak sendiri untuk digunakan di The Island dan dapat melakukan pelbagai aktiviti untuk menerima ganjaran termasuk juga VC yang kemudiannya boleh digunakan untuk mempertingkatkan tahap watak pemain, atau membeli hiasan serta pakaian untuk dipakai.
Antara lokasi yang akan disertakan di The Island adalah Hero HQ, The Arcade of Tomorrow, The Temple of Ancestors, dan juga The Deadlands. Setiap lokasi ini menawarkan mod permainan yang berbeza termasuk juga PvP dengan sistem Ranked tersendiri.
WWE 2K25 akan dilancarkan pada 14 Mac ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC akan tetapi The Island hanya ditawarkan untuk versi PS5 dan Xbox Series sahaja.