Mintrocket ketika acara State of Play telah mengumumkan DLC berbayar untuk permainan Dave the Diver mereka, menariknya DLC tersebut merupakan kerjasama bersama dengan SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio iaitu Ichiban’s Holiday.
Di dalam DLC ini, Ichiban bersama dengan Bartender dari “Survive Bar” bercuti di Blue Hole. Kehadiran mereka di sana membawa pelbagai kandungan tambahan termasuk juga pesaingan di antara Bartender dan Bancho.
Selain itu, Kasuga Ichiban dan Cobra juga bekerjasama untuk melawan kumpulan penjahat iaitu Sea Blue dan menyertakan mod permainan beat ’em up. Terdapat juga permainan-permainan mini lain seperti karaoke untuk merekrut watak-watak daripada siri permainan Like a Dragon.
Dave the Diver: Ichiban’s Holiday DLC akan tiba pada bulan April ini sebagai DLC berbayar.