Skip to main content

Ultizero Games ketika acara State of Play telah mengumumkan yang permainan sulung mereka iaitu Lost Soul Aside akan dilancarkan pada 30 Mei 2025, yang juga pertama kali menerima tarikh yang tetap selepas pertama kali diumumkan pada tahun 2017.

Selain itu, mereka juga berkongsi treler pra-tempahan yang anda boleh tonton di bawah.

Lost Soul Aside merupakan permainan aksi RPG yang pada awalnya dibangunkan oleh seorang pembangun sahaja iaitu Yang Bing. Namun, selepas menyertai China Hero Project iaitu inisiatif oleh PlayStation permainan ini dikembangkan lagi.

Pada awalnya, ia dijangka tiba pada tahun 2020, tetapi telah ditunda ke satu tarikh yang tidak diumumkan sehinggalah sekarang. Menurut Yang Bing, mereka menghasilkan permainan yang mementingkan pertempuran tetapi juga dengan rekaan dunia dan penceritaan yang menarik.

Leave a Reply