Apple TV+ merupakan antara perkhidmatan penstriman yang kerap hadir dengan siri ataupun filem asli, siri-siri popular seperti Severance, Pachinko, Silo, dan Ted Lasso merupakan antara penawaran mereka termasuk juga dengan filem seperti Fly Me to the Moon, Wolfs, Greyhound dan Napoleon.
Melainkan anda memiliki peranti Apple, penawaran Apple TV+ akan dihadkan kepada pelayar sahaja yang mungkin tidak digemari oleh kebanyakan pengguna. Namun, ia kini berubah apabila Apple TV+ kini dilancarkan untuk peranti Android.
Selain menggunakan akaun yang sedia ada, anda juga boleh melakukan langganan baharu melalui Play Store dengan harga langganan bermula RM29.90 sebulan. Selain kandungan siri TV dan juga filem, Apple TV+ juga menyediakan kandungan sukan Major League Soccer iaitu liga bola sepak Amerika Syarikat dan memerlukan langganan tambahan.