Skip to main content

PlayStation Network sedang mengalami masalah dan ia melibatkan keseluruhan perkhidmatan seperti pengurusan akaun, permainan dan sosial dan juga mengakses PlayStation Store.

Oleh kerana itu, permainan-permainan digital tidak boleh dimainkan walaupun permainan solo melainkan anda membuat tetapan untuk membolehkan sesi bermain luar talian.

Pelayar permainan dalam talian juga tidak boleh diakses. Buat masa ini, PlayStation mengatakan yang mereka menyedari mengenai masalah ini tetapi tidak memberikan penerangan lanjut dan juga sasaran masa ia akan diselesaikan.

Anda boleh layari PSN Service Status untuk melihat perkembangan terbaru.

Leave a Reply