Skip to main content

Sports Interactive dan SEGA hari ini telah mengumumkan yang mereka membatalkan pembangunan Football Manager 25 dan akan memfokuskan tenaga kerja mereka untuk permainan seterusnya yang mungkin akan digelar sebagai Football Manager 26.

Football Manager 25 sepatutnya dilancarkan pada akhir tahun lepas, tetapi telah ditunda ke bulan Mac 2025. Pada waktu itu mereka mengatakan yang oleh kerana permainan ini menyertakan penambah-baikkan terbesar bagi siri permainan ini, ia memerlukan masa pembangunan yang lebih lama.

Melalui pengumuman pembatalan ini, mereka mengatakan yang mereka mempunyai pilihan untuk melancarkan sahaja permainan ini dan membaikinya kemudian, akan tetapi mereka lebih memilih untuk melancarkan produk yang lebih baik.

Tambahan itu, mereka juga mengatakan yang dengan permainan seterusnya akan tiba pada tahun ini, mereka juga tidak ingin pemain perlu membeli permainan ini sebanyak 2 kali pada tahun yang sama.

Leave a Reply