Skip to main content

The Hollywood Reporter telah melaporkan Hasbro bekerjasama dengan Legendary Entertainment untuk hadir dengan mesta berdasarkan permainan kad mereka iaitu Magic: The Gathering (MTG) yang akan melibatkan filem dan juga siri TV.

Projek pertama untuk kerjasama ini dikatakan adalah filem sebelum siri TV juga akan dirancang. Hasbro sebelum ini sudah mengumumkan kerjasama dengan Netflix untuk hadir dengan siri animasi berdasarkan MTG dan melibatkan The Russo Brothers.

Legendary Entertainment yang sudah mempunyai pengalaman untuk hadir dengan mesta seperti Dune, Godzilla vs Kong sebelum ini turut mengumumkan akan bekerjasama dengan Bandai Namco untuk filem aksi nyata GUNDAM.

Sejak dilancarkan pada tahun 1993, MTG terus menjadi antara permainan kad paling popular dan telah hadir dengan pelbagai penceritaan tersendiri yang membuatkan projek mesta ini menarik untuk diikuti.

Leave a Reply