Ubisoft telah mengumumkan yang pelakon Mackenyu yang lebih dikenali sebagai Roronoa Zoro di dalam siri One Piece untuk Netflix akan pertama kali melakonkan watak untuk permainan video bagi Assassin’s Creed Shadows.
Mackenyu akan membawa watak Gennojo iaitu watak yang akan bertemu dengan dua watak utama permainan ini iaitu Naoe dan Yasuke semasa mereka sedang mencari sasaran penting. Pemain juga boleh merekrut Gennojo untuk menyertai Shinobi League.

Selain menyumbangkan keserupaan, beliau juga akan menjadi pelakon suara untuk watak ini bagi bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun.
Selepas beberapa penundaan sebelum ini, Assassin’s Creed Shadows akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.