Skip to main content

Universal Pictures dan United International Pictures Malaysia telah berkongsi treler pertama untuk filem seterusnya di dalam siri filem Jurassic World iaitu Jurassic World Rebirth yang akan mula ditayangkan pada 3 Julai 2025.

Penceritaan untuk filem ini berlaku 5 tahun selepas kejadian di dalam Jurassic World Dominion, dengan keadaan dunia menjadi tidak sesuai untuk dinosor, mereka sekarang bertempat di sebuah kawasan yang terpencil.

Zora Bennett lakonan Scarlett Johansson dan Duncan Kincaid lakonan Mahershala Ali ditugaskan untuk menjadi pengawal keselamatan untuk Dr. Henry Loomis lakonan Jonathan Bailey, tetapi tugas mereka sebenar untuk mendapatkan DNA tiga dinosaur terbesar di kawasan tersebut. Namun, mereka tidak menyedari yang kawasan itu juga menjadi rumah kepada dinosaur yang melalui mutasi.

Filem ini diarahkan oleh Gareth Edwards.

Leave a Reply