Apple TV+ telah berkongsi treler untuk siri animasi baharu mereka Goldie iaitu siri yang mengadaptasi filem pendek berjudul sama yang dihasilkan oleh Emily Brundige. Siri ini akan disiarkan di platform tersebut pada 14 Februari 2025.
Siri ini memfokuskan kepada Goldie seorang kanak-kanak gergasi bersama dengan rakannya mengembara di bandar Boysenberg. Bersama, mereka belajar mengenai perbezaan perlu diraikan, dan terdapat ruang untuk semua di dunia ini termasuk juga gergasi.
Antara senarai pelakon yang terlibat ialah Jessica McKenna, Dee Bradley Baker, Amari McCoy, Vedanten Naidoo, Grey Delisle, dan James Sic.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+