SEGA telah berkongsi RGG Like a Dragon Direct yang berkongsi lanjut mengenai permainan Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii yang akan dilancarkan pada 21 Februari 2025 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One, dan PC.
Anda boleh tonton Direct tersebut di bawah.
Antara yang dikongsi di dalam video ini ialah gaya pertempuran berbeza yang akan digunakan oleh Majima iaitu Mad Dog dan Sea Dog, ia juga memperlihatkan secara lanjut kapal yang akan menjadi hab utama untuk permainan ini iaitu Goromaru.
Mereka juga mengatakan yang New Game+ akan tiba selepas pelancaran yang membolehkan pemain untuk meneruskan sesi permainan dan membawa barangan daripada sesi permainan yang pertama.