Skip to main content

SEGA telah melancarkan demo untuk permainan The First Berserker: Khazan yang akan dilancarkan secara rasmi pada 28 Mac 2025. Demo ini boleh dimuat turut di setiap platform iaitu PlayStation 5, Xbox Series dan PC secara percuma.

Melalui demo ini, pemain akan bermain bahagian awal dan kemajuan boleh di bawa kepada permainan penuh apabila dilancarkan kelak.

The First Berserker: Khazan merupakan permainan aksi RPG berdasarkan Dungeon Fighter Online (DnF), di mana kejadian permainan ini berlaku 800 tahun sebelum DnF yang menceritakan mengenai Khazan iaitu Berserker yang pertama.

Leave a Reply