Bandai Namco Filmworks dan Legendary Entertainment hari ini telah bersetuju untuk bersama membangunkan filem aksi nyata versi Hollywood untuk siri Mobile Suit Gundam yang buat masa ini menggunakan judul GUNDAM.
Mereka juga mengumumkan yang Jim Mickle iaitu pengarah untuk filem In the Shadow of the Moon dan juga siri TV Sweet Tooth akan menjadi pengarah.
Bagi mengendalikan pembangunan filem ini, Bandai Namco juga akan menubuhkan Bandai Namco Filmworks America (BNFA). BNFA juga akan bertanggungjawab untuk mengembangkan lagi francais ini di pasaran luar Jepun.
Mobile Suit Gundam merupakan siri yang bermula pada tahun 1979 dan telah menerima 25 siri anime, 34 filem, 27 OVA, dan pelbagai lagi kandungan lain. Francais ini juga dikatakan menjana lebih $900 juta secara tahunan.
Projek ini akan menjadi filem aksi nyata pertama untuknya.