Playground Games telah mengumumkan yang Forza Horizon 5 akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada suku kedua tahun ini dengan versi ini dibangunkan oleh Panic Button dengan kerjasama bersama Turn 10 Studios selaku pembangun asal.
Mereka juga mengatakan yang versi PlayStation 5 ini akan menerima kesemua kandungan yang tiba sebelum ini termasuk juga Pek Kereta seperti Hot Wheels dan Rally Adventure yang boleh didapatkan secara berasingan.
Dengan pengumuman ini, Forza Horizon 5 menjadi permainan pertama di bawah siri Forza yang dilancarkan untuk platform selain daripada Xbox dan PC. Dengan perkembangan ini, kita juga boleh menjangkakan yang Forza Motosport yang dilancarkan pada tahun 2023 turut akan tiba untuk konsol tambahan.
Perkara ini sudah semestinya mengejutkan akan tetapi boleh dijangkakan dengan Xbox kini beralih untuk menjadi penerbit permainan video berbanding pengeluar konsol.
Forza Horizon 5 dilancarkan pada tahun 2021 untuk Xbox Series, Xbox One, PC.