Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.
Eternal Strands
Tarikh Pelancaran: 28 Januari 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC
Permainan oleh Yellow Brick Games menawarkan permainan aksi pengembaraan fantasi yang memfokuskan kepada Brynn sebagai Weaver mempunyai pelbagai kebolehan dengan elemen-elemen berbeza yang digunakannya untuk melawan dengan pelbagai penjahat termasuk juga gergasi. Permainan ini juga akan menerima kandungan yang dihasilkan oleh Yusuke Mogi dari Creative Studio III di bawah Square Enix.
Tails of Iron 2: Whiskers of Winter
Tarikh Pelancaran: 28 Januari 2025
Platform: PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Permainan ini dibangunkan oleh Odd Bug Studio dan diterbitkan oleh United Label, ia merupakan permainan Aksi RPG secara side-scroller. Pemain akan menjadi Arlo iaitu pewaris kepada Warden of the Wastes yang perlu mengembara untuk melawan satu kejahatan yang telah membunuh bapanya. Dia perlu belajar untuk bertempur dan juga mencari kenalan baharu.
Marvel’s Spider-Man 2
Tarikh Pelancaran: 30 Januari 2025
Platform: PC
Selepas dilancarkan untuk PlayStation 5 pada bulan Oktober tahun lepas, Insomniac Games akhirnya turut melancarkan permainan susulan bagi Marvel’s Spider-Man ini di PC. Dengan meneruskan penceritaan daripada permainan pertama dan juga permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, permainan ini menyertakan kedua-dua adiwira tersebut dan boleh digunakan oleh pemain secara bergilir-gilir untuk melawan dengan pelbagai penjahat termasuk juga Venom.
Baca: Ulasan Marvel’s Spider-Man 2
Sniper Elite: Resistance
Tarikh Pelancaran: 30 Januari 2025
Platform: PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC
Sniper Elite oleh Rebellion Development kembali lagi untuk permainan keenam dan buat pertama kali pemain akan mengawal watak baharu iaitu Harry Hawker, yang sebelum ini hadir sebagai watak di dalam mod multi-pemain untuk Sniper Elite 3, 4, dan 5. Penceritaan siri ini berlaku pada tahun 1944 di Vichy France, dan terjadi pada masa yang sama dengan Sniper Elite 5.
Citizen Sleeper 2: Starward Vector
Tarikh Pelancaran: 31 Januari 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Permainan susulan kepada Citizen Sleeper yang dilancarkan pada tahun 2022, permainan RPG yang dibangunkan oleh Jump Over the Age dan diterbitkan oleh Fellow Traveller. Selepas kejadian di dalam permainan pertama, pemain kini perlu membentuk krew tersendiri dan perlu mengambil pelbagai kontrak untuk kelangsungan hidup. Permainan ini menyertakan tatamain point and click dan juga elemen dadu.