Selain mengumumkan yang Ninja Gaiden 4 akan tiba akhir tahun ini, Koei Tecmo, PlatinumGames, Team Ninja turut mengumumkan yang Ninja Gaiden 2 Black sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Ia juga disertakan di dalam Game Pass.
Ninja Gaiden 2 Black merupakan permainan olahan semula untuk Ninja Gaiden 2 yang dilancarkan pada tahun 2008 secara eksklusif untuk Xbox 360, sebelum turut dilancarkan untuk PS3 dengan penambahan kandungan iaitu Ninja Gaiden Sigma 2.
Versi terbaru ini, dihasilkan semula menggunakan Unreal Engine 5 dan menyertakan kandungan tambahan yang disertakan di dalam Sigma 2.