PlatinumGames dan Team Ninja ketika acara Developer_Direct 2025 oleh Xbox telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Ninja Gaiden 4 dan akan dilancarkan akhir tahun ini untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC.
Ninja Gaiden 4 akan menjadi permainan baharu pertama bagi siri ini sejak permainan terakhir Ninja Gaiden 3 dilancarkan pada tahun 2012. Ia merupakan permainan susulan untuk permainan tersebut, tetapi berlaku beberapa tahun selepas kejadian di dalam permainan tersebut.
Permainan ini akan menyertakan watak baharu iaitu Yakumo akan tetapi Ryu Hayabusa masih lagi terlibat di dalam penceritaan dan boleh digunakan oleh pemain.
Mereka juga mengumumkan yang Yakumo akan mempunyai gaya pertempuran yang berlainan dengan Ryu Hayabusa tetapi masih memfokuskan kepada sesi pertempuran yang pantas selain itu terdapat juga beberapa kemahiran yang dikongsi oleh kedua-dua watak.
Permainan ini akan diterbitkan oleh Xbox Game Studios tetapi akan turut dilancarkan di platform-platform lain.