Gaming Factory telah melancarkan video pembukaan bagi permainan seterusnya oleh mereka iaitu JDM: Japanese Drift Master, menariknya video ini dihasilkan dengan gaya anime dan anda boleh tontonnya di bawah.
JDM: Japanese Drift Master merupakan permainan lumba kereta yang memfokuskan kepada drift, ia menyertakan dunia terbuka untuk diteroka, pelbagai pilihan kereta berlesen, dan juga penceritaan yang disampaikan secara manga.
Mereka mengatakan yang video pembukaan berdasarkan anime ini dihasilkan kerana permainan ini mempunyai perhubungan yang mendalam dengan budaya di Jepun. Sebelum ini, mereka mengumumkan yang permainan ini akan tiba sekitar suku kedua tahun ini untuk PC.