Skip to main content

Wargaming melalui studio mereka MS-1 telah mengumumkan kemaskini utama untuk permainan World of Tanks Blitz iaitu “Reforge” akan dilancarkan tidak lama lagi – kemaskini ini dikatakan yang terpenting di dalam sejarah permainan tersebut.

Berikut antara kemaskini yang akan dibawa melaluinya:

  • Beralih ke Unreal Engine 5 – Peralatan yang tersedia di dalam UE5 akan mempercepatkan pembangunan untuk permainan ini
  • Fizik dan Grafik dipertingkatkan – Memberikan visual yang lebih mendalam, pencahayaan yang dinamik, kesan partikel, dan pergerakan kereta kebal yang lebih realistik
  • Commander Baharu – Sistem Commander direka semula untuk memperkenalkan ketua krew yang mempunyai penceritaan dan kebolehan tersendiri
  • Sistem ‘Tanks Sets’ – Kereta kebal akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan tema yang berbeza
  • Peta Dihidupkan Semula – Peta akan diperbaharui dengan visual, kesan cuaca, dan susun atur yang diperbaharui

Kemaskini ini tidak akan menjejaskan kemajuan pemain sedia ada dan akan dikemaskini secara terus. Sesi percubaan untuk kemaskini ini akan tiba pada 24 Januari, dan beberapa lagi percubaan lagi sebelum pelancaran penuh.

Jika berminat untuk mencuba, anda boleh melakukan pendaftaran di pautan ini.

Leave a Reply