Warner Bros. Games telah berkongsi perancangan mereka bagi kejohanan esukan untuk tahun ini. Mereka juga berkongsi treler untuknya yang anda boleh tonton di bawah.
Mereka telah mengumumkan yang bagi tahun ini akan disertakan 10 kejohanan luar talian, iaitu 4 Demi God dan 6 Kombatant serata dunia. Jumlah ini adalah dua kali lebih banyak berbanding kejohanan pada tahun lepas. Antara kejohanan adalah seperti berikut:
- Pro Kompetition Mexico
- Viennality
- Texas Showdown
- gamescom LATAM
- Combo Breaker 2024
- Brussels Challenge
- Blink Respawn
- CEO 2025
- EVO 2025
- VS Fighting
Kejohanan-kejohanan ini akan memberikan markah kepada pemain untuk kedudukan mereka di Global Points Leaderboard.
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan cara kelayakan untuk 2025 Final Kombat World Championship seperti berikut:
- 10 pemain daripada Online Regional FInals
- 8 dari Global Points Leaderboard
- 1 dari EVO Las Vegas 2025
- 1 dari Last Chance Qualifier
Maklumat lanjut dan juga pendaftaran bagi kejohanan-kejohanan yang akan berlangsung boleh dibaca melalui pautan ini.