Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.
Mika and the Witch’s Mountain
Tarikh Pelancaran: 22 Januari 2025
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC
Permainan pengembaraan oleh Nukefist dan Chibig ini meletakkan pemain sebagai Mika iaitu seorang ahli sihir yang bekerja sebagai penghantar barang untuk penduduk-penduduk di kampungnya. Pemain akan mengalami pelbagai penceritaan mengenai membesar, persahabatan dan juga komuniti.
Final Fantasy VII Rebirth
Tarikh Pelancaran: 23 Januari 2025
Platform: PC
Permainan kedua di dalam penghasilan semula untuk Final Fantasy VII ini akhirnya dilancarkan di platform tambahan iaitu PC, selepas sudah dilancarkan di PlayStation sebelum ini. Permainan ini meneruskan penceritaan daripada permainan pertama Final Fantasy VII Remake dengan Cloud bersama rakan-rakannya di dalam misi untuk mencari Sephiroth.
Ender Magnolia: Bloom in the Mist
Tarikh Pelancaran: 23 Januari 2025
Platform: PlayStation, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Permainan metroidvania 2D side-scrolling ini merupakan permainan susulan kepada Ender Lilies: Quietus of the Knights yang meletakkan pemain sebagai Lilac yang di dalam pengembaraan untuk melawan dengan Homunculi yang telah memenuhi negara ini. Permainan ini dibangunkan oleh Adglobe dan Live Wire serta diterbitkan oleh Binary Haze Interactive.
Synduality: Echo of Ada
Tarikh Pelancaran: 23 Januari 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC
Permainan yang menyertakan elemen PvPvE ini memerlukan pemain untuk mencari sumber menggunakan meka, namun pemain perlu melawan pelbagai makhluk dan juga pemain lain yang memilih untuk menyerang pemain lain. Permainan ini sudah boleh dimainkan secara akses awal, namun pada 23 Januari ini ia akan dilancarkan secara rasmi.
The Quinfall
Tarikh Pelancaran: 24 Januari 2025
Platform: PC
Permainan MMORPG terbaru memfokuskan kepada zaman pertengahan, di dalam permainan ini pemain boleh melakukan pelbagai aktiviti di dalam dunia terbuka yang seluas 2016km2. Ia juga menyertakan peperangan yang akan melibatkan pemain tidak kira sebagai secara PvP ataupun PvE. Permainan ini akan dilancarkan secara akses awal.