Selaku juara kejohanan terbesar Mobile Legends: Bang Bang, ONIC Filipina (sebelum ini dikenali sebagai Fnatic ONIC) boleh memilih satu watak daripada permainan tersebut untuk menerima kostum khas, dan mereka telah memilih Joy.

Coach Yeb atau nama sebenar beliau Paul Denver iaitu Naib Presiden untuk ONIC Esports mengatakan yang mereka memilih Joy kerana kemahiran dan juga warna utama watak tersebut menggambarkan pasukan mereka dengan baik.
Selain itu Joy juga dipilih untuk menghargai prestasi pemain mereka ‘K1ngkong’ di kejohanan ini. Joy merupakan salah satu hero kegemaran beliau. Ketika acara M6, Joy merupakan antara hero popular telah dipilih sebanyak 59 kali dan diharamkan sebanyak 34 kali daripada 134 permainan yang dimainkan.

Selain itu, pemain mereka Kelra (Grant Pillas) selaku pemain terbaik kejohanan ini juga dapat menghasilkan satu lagi kostum iaitu “M6MVPSkin” dan ia akan diberikan kepada watak Beatrix. Kelra mengatakan dia memilih Beatrix kerana ia lebih dekat dengan dirinya.
Mobile Legends: Bang Bang sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.