Skip to main content

Kemaskini: Pemain Mobile Legends di Amerika Syarikat juga mengatakan yang mereka tidak dapat mengakses permainan tersebut di Amerika Syarikat. Carian kami bagi aplikasi Mobile Legends di App Store dan Play Store negara tersebut juga tidak mengeluarkan sebarang penyenaraian.

Moonton pembangun MLBB merupakan anak syarikat ByteDance selepas mengambil-alih pada tahun 2021.

Artikel Asal: Bermula hari ini, TikTok iaitu platform media sosial oleh ByteDance secara rasminya diharamkan di Amerika Syarikat, dengan aplikasi tersebut tidak lagi boleh diakses dan juga tidak boleh dimuat turun daripada Apple App Store atau Google Play Store.

Pengharaman TikTok ini merupakan sesuatu yang sudah dijangkakan, akan tetapi satu perkara yang mengejutkan permainan mudah alih Marvel Snap turut terkesan dengan perkara ini dengan pemain di Amerika Syarikat tidak boleh mengaksesnya ataupun memuat turun.

Marvel Snap merupakan permainan yang dibangunkan oleh Second Dinner iaitu syarikat Amerika Syarikat akan tetapi ia diterbitkan oleh Nuverse iaitu studio penerbitan permainan video di bawa ByteDance.

Second Dinner melalui kenyataan di X mengatakan perkara ini adalah sesuatu yang mengejutkan dan mereka tidak pernah merancang untuk ia ditutup. Mereka juga mengatakan sedang aktif untuk mengembalikan permainan tersebut secepat yang mungkin.

Baca: Ulasan Marvel Snap

Leave a Reply