Skip to main content

SEGA telah mengumumkan yang Acara Peminat Sonic atau Sonic Official Meeting Tour di Kuala Lumpur, Malaysia akan berlangsung pada 16 Februari 2025.

Di acara ini, peserta berpeluang untuk berjumpa dan juga mendengar perkongsian daripada Kazuyuki Hoshino (Pengarah Kreatif Sonic) dan Eitaro Toyoda (Penulis Cerita Sonic).

Selain itu, acara ini juga akan menyertakan pelbagai aktiviti menarik seperti melihat pelbagai karya, cabutan bertuah, sesi menanda tangan, dan lain-lain lagi.

Kemasukan untuk acara ini adalah terhad, dan jika berminat anda perlu mengisi borang pendaftaran di pautan ini dan ia hanya terbuka untuk yang berumur sekurang-kurangnya 17 tahun.

Pendaftaran ini dibuka bermula sekarang dan akan ditutup pada 2 Februari dengan pengesahan akan dilakukan pada 3 Februari.

Setiap peserta yang berjaya mendapat slot untuk ke acara ini juga akan mendapat T-Shirt dan poster berdasarkan Sonic x Shadow Generations: Dark Beginnings.

Leave a Reply