Skip to main content

Bloomberg melaporkan yang PlayStation telah membatalkan dua lagi permainan live service yang sedang dibangunkan, perkara tersebut kemudian disahkan oleh PlayStation sendiri.

Dua permainan tersebut dibangunkan oleh Bend Studios yang sebelum ini hadir dengan permainan Days Gone dan Bluepoint yang membangunkan versi penambah-baikkan untuk Demon’s Souls.

Melalui kenyataan yang diberikan oleh PlayStation, pembatalan tersebut dibuat atas penilaian terbaru yang dilakukan dan mereka akan bekerjasama dengan kedua-dua studio tersebut untuk melihat projek seterusnya dan mengurangkan impak kepada mereka.

PlayStation sebelum ini telah mengalami beberapa kegagalan untuk permainan live service, dengan pembatalan Concord selepas 2 minggu dilancarkan dan pembatalan projek berdasarkan The Last of Us.

Namun, mereka mendapat kejayaan melalui permainan Helldivers 2. PlayStation juga mengesahkan yang mereka akan terus membangunkan permainan dalam talian dan solo.

Leave a Reply