Skip to main content

Pengarah untuk siri TV klasik Twin Peaks dan juga adaptasi pertama novel Dune sebagai filem, David Lynch meninggal dunia pada umur 78 tahun.Perkara ini diumumkan oleh ahli keluarga di laman Facebook rasmi mendiang. David Lynch sebelum ini menghidapi penyakit emfisema iaitu penyakit paru-paru kronik.

David Lynch mula dikenali ramai di dalam industri filem melalui filem Eraserhead yang diterbitkan pada tahun 1977, sebelum mengarah The Elephant Man pada tahun 1980 dan Dune pada 1984. Filem terakhir arahannya adalah Inland Empire yang diterbitkan pada tahun 2006.

Namun nama beliau mungkin lebih dikenali sebagai pencipta bersama siri TV Twin Peaks yang diterbitkan pada tahun 1990 dan mempunyai 30 episod dan beliau mengarah 6 episod, tetapi siri ini dibatalkan oleh ABC. Siri ini kembali pada tahun 2017 dan mempunyai 18 episod.

David Lynch dilahirkan di Missoula, Montana, Amerika Syarikat pada 20 Januari 1946. Beliau meninggalkan 4 orang anak termasuk Jennifer Lynch yang juga pengarah filem dan siri TV.

Leave a Reply