Sony Interactive Entertainment telah berkongsi senarai permainan baharu yang akan menyertai Katalog PS Plus iaitu penawaran khusus untuk pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe. Permainan-permainan yang disertakan ini akan mula boleh dimuat turun pada 21 Januari.
Berikut adalah permainan yang disertakan:
- God of War Ragnarok
- Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name
- Atlas Fallen: Reign of Sand
- SD Gundam Battle Alliance
- Sayonara Wild HEarts
- ANNO: Mutationem
- Orcs Must DIe 3
- Poker Club
Pelanggan PlayStation Deluxe juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation VR2 dan PlayStation Classic – berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;
- Indiana Jones and the Staff of Kings
- Medievil II
PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Essential ditawarkan dengan harga RM32/sebulan, RM75/3 bulan dan RM235/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM49/sebulan, RM125/3 bulan dan RM400/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM145/3 bulan dan RM460/setahun.